Assalamualaikum & Selamat Tengahari semua...Dah amik
Lunch??? Banyak kerja yang belum dibereskan??? Mana2 Mommies yang sesibuk
macamana dengan rutin harian pasti tidak…. Akan luang kan masa sedetik dua untuk membayangkan ank2 kan?
Orang kata…tapi bukan orang katalah kan? sebenarnya kalau ‘Mama Little Jannah’ lah selepas
marahkan ank mesti cepat rasa bersalah & menyesal sesangat2…huhuhuhuh Yelah
anak2 ni sesekali memang kena & patut ditegur. Buat lak Mama yang garang
ni bila tegur jew tone suara huhhhh tinggi memuncak2 gitu…
Di sini ‘Mama Little
Jannah nak kongsikan sedikit Tips untuk mempertingkatkan potensi anak anak Berjaya
Dunia Akhirat In Shaa Allah Ameen….
Abi sebagai 'Kuda Tunggangan' Anak4 - Aqil Wai'e, Addina Wafiyya, Addlea Waizz & Addriel Wafeeq...(seronok ye dapat kenakan Abi )
Abi sebagai 'Kuda Tunggangan' Anak4 - Aqil Wai'e, Addina Wafiyya, Addlea Waizz & Addriel Wafeeq...(seronok ye dapat kenakan Abi )
1.Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang
baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang
baik adalah digalakkan).
2.Berikan
anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3..Pandanglah
anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan
peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.Janganlah
mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
berbuat silap.
6.Apabila
anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan
mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita
anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang
giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10Tunjukkan kepada anak
anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya
11.Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya...
Sediakanlah
hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12.
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan andasuami isteri.
14.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka..
15.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16.Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17.Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu
membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja
pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.
Anak-anak sebenarnya, juga mempunyai
perasaan seperti anda.(Ibubapa mereka)
No comments:
Post a Comment