Saturday 22 June 2013

Memandikan Bayi




Salam Tahniah buat Mommies yang baru selamat melahirkan 'Si Comel Anugerah Illahi'. Pasti tak terluah perasaan gembira yang bersarang di minda kan Mommies???

9 Bulan 10 Hari menanti dengan penuh debaran dan sabar(yang mengikut jangkaan lah kan? tapi ada jugak Mommies yang terpaksa bersalin awal kan?) Apa pon awal & lewat  @ sebaliknyanya perasaan keterujaan menyambut 'Orang Baru' Ohh tak terluah dengan kata2kan Mommies....


Sedikit ilmu cara aturan untuk memandikan Si Comel hendak Mama kongsikan buat Mommies. Di sini sedikit tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi Mommies bersih dan tidak terancam.



Apakah suhu air yang bersesuaian untuk memandikan Si Comel Mommies?
Pastikan air mandian itu suam, selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan Si Comel Mommies ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.



Mommies boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandian itu. Sesetengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi Si Comel yang selamat dan menyeronokkan. Jika Mommies tiada termometer, letakkan siku Mommies ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.


Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian barulah dimasukkan air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan Si Comel Mommies. Jangan sekali-kali meletakkan Si Comel Mommies dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.

Jika Mommies menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Jaga elok2 Si Comel  supaya tidak menyentuh kepala paip dalam masa Si Comel sedang membesar dan bertatih. Walaupun Si Comel belum pandai membukakan paip sekarang, namun, tak lama lagi Si Comel akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan Si Comel boleh melecurkan kulitnya sendiri.



Jika Mommies mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, Mommies boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ianya keluar dari kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur kulitnya dalam beberapa saat sahaja jika berendam dalam air yang terlalu panas.



Walaupun air mandinya mungkin suam, suhu badan bayi  boleh menurun dengan pantas apabila Mommies keluarkannya dari air mandi, jadi pastikan suasana bilik panas dan selesa. Apabila mengangkat bayi  dari besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan lampinnya.



Lepas itu, balutkan bayi dalam tuala kering atau selimut sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
 
Berapa dalamkah sepatutnya air mandi itu?
Untuk bayi baru lahir dan bayi lebih kurang daripada enam bulan, penuhkan besen dengan 13 sentimeter (5 in) air. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.



Jangan sekali-kali meletakkan bayi Mommies ke dalam air besen yang lebih tinggi dari pinggangnya (posisi duduk) untuk bayi yang sudah berusia 6bulan ke atas dan juga kanak-kanak. Jangan sekali-kali meletakkan bayi Mommies ke dalam besen atau tab semasa air sedang mengalir turun. Kedalaman air boleh naik sehingga menjadi terlalu dalam. 
Bagaimanakah untuk memegang bayi dengan selamat di dalam air?
Mommies mungkin mahu menggunakan alat penyangga untuk membebaskan tangan Mommies supaya boleh mencuci bayi. Jika bayi Mommies belum boleh duduk, tab mandi bayi akan membendungkan bayi di dalam air. Jika dia sudah boleh duduk sendiri, Mommies boleh menggunakan kerusi mandi bayi.



Sentiasalah berada di samping bayi semasa dia sedang mandi, samada Mommies menggunakan besen atau penyangga mandi. Bayi boleh tenggelam lemas dalam air kurang dari 3 sentimeter dan dalam beberapa saat sahaja bayi boleh tergelincir ke dalam air dan tak berupaya menyelamatkan diri.



Selang setahun di UK, terdapat lebih kurang seorang bayi mati lemas dan yang lain mendapat kecederaan serius setelah ditinggal bersendiriran untuk sekejap masa walaupun berada dalam penyangga mandi bayi.



Jika Mommies menggunakan tab mandi, letakkan pelapit getah di lantai tab. Semasa bayi Mommies sedang membesar, latihkan supaya dia tetap duduk dalam tab pada bila-bila masa. Ini menggalakkan Si Manja untuk tidak berdiri, tergelincir atau hilang imbangan.

Berapa kerapkah harus Mommies mandikan bayi Mommies?
Terpulang kepada Mommies berapa kerap hendak memandikan bayi Mommies. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi Mommies dan Si Manja tersayang. Tetapi, jika Mommies enggan memandikan Si Manja setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama.(adalah sudah memandai hanya menggelap2kan sahaja badan Si manja menggunakan tisu basah....tetapi sudah menjadi kebiasan bagi kita kan mesti mahu memandikan Si Manja walaupon sekali sehari...memandangkan cuaca sekarang yang agak panas...)

Asalkan Mommies menggelap dari atas ke bawah, dan menyapukan semua kekotoran yang ternampak pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi Mommies sudah cukup bersih.

Apabila bayi Mommies berusia dua bulan Mommies mungkin mahu membuatkan mandi bayi sebagai sebahagian rutin tidur. Walau bagaimanapun, Mommies tak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu adalah memadai.

Gunakan sabun lembut dan tiada mengandungi air wangi atau produk cecair mandi bayi neutral pH. Jika kulit bayi Mommies terasa kering atau kemerahan, Mommies boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandian. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi Mommies licin, jadi peganglah bayi Mommies dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air. 
Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan Si Manja Tersayang?
Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi Mommies apabila dia berusia dua bulan, selagi Mommies yakin boleh memegangnya dengan baik. Mommies perlu memastikan seorang pembantu berada berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada Mommies dalam tab, dan mengambilnya daripada Mommies semasa Mommies keluar dari tab.

Sebaliknya, Daddies boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan Mommies membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan pengikatan antara bapa dan bayi.

Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya dahulu. Kemudian sediakan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas.
 
Bolehkah Mommies keluar dari bilik mandi untuk sebentar?
TIDAK. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi Mommies dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginya sekali lagi.)



Sediakan semua yang Mommies perlukan untuk memandikan bayi sebelum bermula, iaitu tuala-tuala, sabun dan lain perlengkapan mandi, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang yang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan Mommies merasakan perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama Mommies.





Ini sahaja sedikit info dari Mama buat semua Mommies dalam perkongsian kali ini...Semoga mendapat sedikit manfaat bersama dalam pengembaraan bersama Si Manja Tersayang dalam acara buih2 Cinta...<3<3<3


Salam Sayang Dari Mama Little Jannah
Fb : Anis Hasnita
FB Page : Mama little Jannah
ID : 914056

No comments:

Post a Comment