Tuesday 30 April 2013

Keedah & Tips Cara membuat Stok Air Susu Ibu (ASI)



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera untuk semua ...Hari ini MLJ nak bawakkan sedikit perkongsian tentang penyusuan.
Alhamdulillah nampaknya  kesedaran ibu-ibu  dewasa ini tentang penyusuan  Si Comel Tersayang mereka dengan Air Susu Ibu (ASI) amat mengalakkan. Ibu-ibu  sentiasa terbuka untuk mencari ilmu penyusuan
.
Di bawah ini MLJ berikan sedikit tips @ petua  untuk Mommies tentang penyusuan dengan ASI.
 PETUA#1: Pegang kukuh prinsip asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply - semakin kerap breasts dikosongkan, semakin cepat breasts refill dgn susu baru, maka semakin banyak susu dihasilkan. Kalau kurang breasts dikosongkan (baby df/pam), otak akan dapat signal yang susu kurang diperlukan, maka lama2 ASI akan berkurangan  hingga kering bila tiada demand untuknya (bila baby stop df & diberi formula & ibu pula langsung tak pam).

PETUA#2: Yakin susu cukup utk anak-anak kita. Allah bg kita 2 breasts, bermakna kita memang mampu untuk menyusukan Si Comel Tersayang. Breastfeeding is 90% mind, 10% technical. Bila kita sentiasa positif & yakin boleh, disertakan dengan USAHA, DOA & TAWAKAL pd ALLAH, in shaa Allah akan Allah permudahkan proses penyusuan kita. PERCAYALAH.

 PETUA #3: Sentiasa bersyukur & berlapang dada dengan rezeki yg Allah bagi untuk setiap sesi pam walau dpt 0.5oz atau 5oz sekali pun. Bila kita sentiasa bersyukur & berlapang dada dengan rezeki Allah, kita tak stress or put pressure atas diri sendiri sebab kita serahkan hal urusan rezeki pd Ar-Razzaq & in shaa Allah Dia ganjarkan kesyukuran kita dengan rezeki yang lebih baik & berganda2 .

Ini pula amalan yang MLJ biasa lakukan untuk memperbanyakkan lagi ASI:
=======================================================
1.Kalau tengah Bfeed baby buat tandem pumping (sebelah baby df, sebelah pam).

2. Sewaktu maternity leave, buat power pumping 3x sehari setiap hari – (2x diwaktu siang, 1x di waktu mlm.) 2. Di waktu maalm  bgn 3x utk pam termasuk 1x power pumping. Setiap mlm seblm tido siapkan pam, botol2 & cooler bag letakkan di tepi katil supaya boleh tandem pumping if baby bangun utk menyusu & tidak perlulah Mommies menapak ke fridge dapur utk simpan pam & susu, just sumbat dlm cooler bag je.(Jimat masa & tenaga Mommies kan!!!)

3. Sila pastikan setiap hari mesti pam setiap 3 jam (8x sehari). Hasil setiap sesi pam walau 0.5oz simpan & kumpulkan. Bermula dgn susu setakat basah dasar botol, kerajinan mengepam berbaloi bila mula dpt average 5-6oz per sesi pam.

4. Setiap hari mesti buat target untuk  mendapat ASI sebanyak 20oz, so Mommies jadikan 20oz ni sebagai target harian. Kalau miss 1 sesi pam, kita punya stock akan short,so esok Mommies ganti sesi yg termiss tu dgn power pumping.Tip ini hanya sekadar perkongsian bersama....Kita mampu memberi yang terbaek untuk anak2 kita...YAKIN akan adanya rezeki ASI untuk anak2 kita....

5.Makan makanan berkhasiat, banyakkan sayur2an, buah2an Minum 3L@lebih air masak.

6. Kurma & kismis buatkan sebagai snek harian..

7. Kuatkan semangat serta tekadkan dalam hati hanya ASI ini yang terbaek untuk Si Comel Tersayang. Takkan adanya FM untuk Si Comel Mommies.

8. Di bawah ini MLJ kepilkan sekali Doa yang terbaek untuk Mommies..


Semoga MOMMIES yg mempunyai keinginan & berhasrat memberikan ASI untuk anak2 akn dapat sedikit info dari MLJ di sini.


No comments:

Post a Comment