Tuesday 11 June 2013

Kelahirannya satu ANUGERAH...



NEKAD MAMA, MAHU SUSUKAN SI KEMBAR MAMA  SEHINGGA 2 TAHUN!!! ALHAMDULILLAH… ALLAH MAKBULKAN.
==========================================================================

Inilah antara AZAM Mama apabila dikejutkan oleh doctor bahawa kandungan Mama pada kali ini adalah ‘Twins Preggnancy‘. Seawal usia kandungan 5 Minggu Mama telah disahkan mengandung kembar. Satu anugerah terhebat dari NYA. Kerna sebelum itu 3 bulan yang lepas Mama telah mengalami keguguran dan terpaksa melakukan D&C bagi mengeluarkan sisa2 janin yang melekat di dalam Rahim ini. Diambil yang dulu & digantikan berpasangan...Hebatnya ANUGERAH ini...SYUKUR PADAMU...


1st Twins (masa ni x taw lagi genusnya)
2nd Twins (masa ni dah taw genusnya Pari2 Syurga ini In Shaa ALLAH bakal menjadi Anak SOLEH buat Mama & Abi...Ameen) Scan 4D ni Mama amik masa kandungan twins 28minggu...

Alhamdulillah kini My Little Twins a.k.a Pari-Pari Syurga ini (Addlea Waizz & Addriel Wafeeq)sudah pon berusia 2 Tahun 4 Bulan dan masih meneruskan  penyusuan  sepenuhnya TANPA kehadiran Formula Milk. Allah tahu niat  murni Mama mahukan yang terbaik buat mereka berdua dan DIA telah makbulkan doa Mama ,SYUKUR ATAS NIKMAT INI!!!

Begitu juga buat Mommies di luar sana yang berniat & mempunyai keinginan untuk menyusukan Bayi Comel mereka teruskan. Teruskan…Anda pasti boleh!!!Mama Doakan Mommies  berjaya. Berjaya memberikan  yang terbaik untuk Si Comel Tersayang.
Addriel Wafeeq a.k.a Adik

Addlea Waizz a.k.a Kakak


























Untuk Mama sampai ke tahap ini menyusukan Si Kembar  sepenuhnya  bukan satu  perkara & Usaha yang mudah. Masih terbayang & teringat kenangan semasa dalam pantang Mama…Ya Allah… hanya ALLAH yang tahu betapa HEBATnya perjalanan ini menyusukan Si Kembar  serentak.

Tapi nekad Mama hanya satu… segalanya pasti boleh & pasti boleh sekiranya kita mahu dan  berusaha untuk memberinya... 



Setiap cabaran itu Mama  ambil sebagai satu tanggungjawab yang Mama perlu lakukan.Mama mesti menyusukan mereka berdua Si Kembar ini, kerna ASI (Air Susu Ibu) adalah hak mereka & Mama wajib memberikannya. Tambahan pula  memang Mama  telah mencabar diri ini untuk memberikan ASI kepada Si Kembar  Mama sepenuhnya…Ini antara JANJI  Mama semasa berfikir2 untuk mengambil Jalan yang Terbaek menjadi `SuperMama ’ untuk 4 Anugerah Illah kepada Mama ini.



Perjalanan ini Mama dapat  rasakan dengan keseronokan serta ketenangan, dan hasilnya amat LUMAYAN…Si Kembar sepanjang usianya jarang dijangkiti masalah kesihatan…kalau pon diuji dengan kesihatan yang kurang baek itupon hanya beberapa hari sahaja & jarang dijangkiti oleh pasangannya…Kalau biasa kita dengar  pasangan kembar ni X kan lari kalau sorang yang jatuh sakit, pasti Si Kembar yang lagi satu akan juga turut sama. Tapi ini tidak berlaku pada pasangan Kembar Mama Addlea & Addriel.Alhamdulilah SYUKUR…

Alhamdulillah Antibodi Si Kembar Mama sangat Kuat.  Allahu Akhbar hebatkan penangan ASI ni ye Mommies???. Kalau mahu dihitung boleh dikira hanya berapa kali sahaja mereka berdua ‘dihujani ujian’ gangguan kesihatan.

Selain azam yang kuat,berusaha dan berdoa Mama juga berikhtiar dan bertawakal...Set Penyusuan SHAKLEE adalah ikhtiar Mama. Set Penyusuan ini sangat2 membantu Mama.


Dengan tips dan konsep yang betul, Alhamdulillah...susu semakin banyak.In Shaa ALLAH…ALLAH pasti kurniakan jika kita Betul2 mahukan sesuatu & berusaha ke arah itu…Apabila kita berfikir dengan logik akal yang waras…Jelaslah mengapa ALLAH mengurniakan kita Sepasang ‘Payudara’ Maka di situ lah jawapannya…

No comments:

Post a Comment