Thursday 25 April 2013

Makanan Terbaik Dunia

Selamat tenghari di hari Jumaat yang mulia. Dah amik Lunch, Bagi Preggy Moms xmo skip pemakanan anda yew,,,Klu xde selera pon cuba amik sedikit2 demi bbies dalam kandungan tu taw!!!

Kat sini MLJ nak kongsikan sedikit pemakanan yang dikategorikan 'Makanan Terbaik Di Dunia, yang diamalkan oleh Junjungan Besar Kita Rasuluallah S.A.W  .Antaranya....




KURMA (TAMAR)  – MAKANAN TERBAIK DI DUNIA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga  tambahan.




KISMIS - MAKANAN TERBAIK DI DUNIA

Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"




 ZAITUN - MAKANAN TERBAIK DI DUNIA

Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.




 












Jom kita mula ubah selera pengambilan dalam snek harian, dan dalam masa yang sama kita mula melatih anak-anak kita makan semua makanan ini. Stop segala bagai jajan & snek tak berkhasiat yew.Pasti ada rahsia yang tersembunyi kerana apa yang datang dari Rasulullah SAW pastinya datang dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment