Tuesday 16 April 2013

KEPERLUAN PEMAKANAN IBU MENYUSU



 Salam Sayang untuk Mommies Tersayang semua.Dah amik Sarapan, lunch @ Dinner??? Di sini Mama Little Jannah nak kongsikan sedikit makan yang perlu diambil oleh Mommies dalam perjalanan menyusukan 'Pari-Pari Syurga" Kita Anugerah Illahi yang terhebat ini.

KEPERLUAAN PEMAKANAN  IBU  MENYUSU
===================================== 

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.


 

Protin 2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :
*Daging, Ayam
* Telur
* Keju, susu dan yogurt
* Tauhu
* Kekacang
Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya seperti:
* Susu, yogurt dan keju
* Jus oren diperkaya kalsium
* Tauhu
* Ikan sardin
* Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli
Zat Besi
 Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari.

Sumber terbaik zat besi termasuk :
* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Kekacang
* Buah-buahan kering
* Kuning telur

Vitamin C
 Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :
* Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
* Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
* Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomatoVitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair
 * Susu ibu = 87% aiPAr. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi
* Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
* Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas @ 3Lair setiap hari
* Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Tip Lain
 * Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
* Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.

Salah satu makanan-makanan yang dipuji oleh Qur'an dan Hadis ialah susu awal ibu yang tidak terganti dengan apa jua susu ataupun bahan makanan yang lain. Lihat ayat 233: Surah al-Baqarah. 
Makanan yang lain adalah :
minyak zaitun
kurma
susu
daging burung
habbatus sauda'  
(dari buku Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit, m.s 97-101)
Jom sama-sama amalkan makanan-makanan ini.


No comments:

Post a Comment